Entri kali ini adalah berkaitan dengan Seorang Doktor yang sangat berani membedah dirinya.
Nama doktor ini ialah Leonid Rogosov. Iaity seorang doktor dari Soviet di stesen Antartika Novolazarevskaya.
Ceritanya awal bulan April 1961, ketika bertugas di Antartika dalam ekspedisi Antartika Soviet.Waktu itu dia merasakan sakit di perut kanan bawah dan mengalami demam.Dia pun mendiagnosis dirinya sendiri yang ternyata mengalami penderitaan usus buntu.
Ketika itu dia adalah satu-satunya doktor di stesen Novolazarevskaya.pada malam hari dia pun melakukan pembedahan pada dirinya sendiri dan dibantu oleh seorang jurutera mesin dan seorang ahli meteorologi di stesen itu.Mereka berdua membantunya memberikan alatan medik dan memegang cermin kecil di perutnya.
Dia melakukan suntikan ubat bius novocaine dan membuat sayatan 12 cm di daerah perut kanan dengan pisau bedah.Pembedahan tersebut berlangsung sehingga 1 jam dan 45 minit lamanya.sungguh memerlukan satu keberanian dan ketenangan yang luar biasa untuk menyayat dan memotong daging sendiri.Sungguh LUAR BIASA.
Rogozov Leonid pada tahun 1959 lulus dari Institut dan segera diterima di klinik pembedahan. Namun, studynya terhenti kerana Leonid melakukan perjalanan ke Antartika di bulan September, 1960 sebagai seorang doktor dari Soviet di stesen Antartika Novolazarevskaya. Dengan tindakan nekadnya itu, Doktor Leonid Rogosov menjadi terkenal kerana berhasil membedah dirinya sendiri dan kembali sihat.
Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku
0 komen:
Post a Comment