Sunday, January 16, 2011

Fakta-fakta menarik dunia part 3



Salam 1 Malaysia..


Meh sambung baca lgi.. 
nk baca fakta lama.. KLIK NI (Part 1) @ KLIK INI (Part 2)..


*Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

*Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

*Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

*Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.



*Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang

*Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

*Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior



*Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.

*Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.

*Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut

*Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yg menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico . Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. --kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita orderdulu orang lain yg kemudian order dapat dulu.

*Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri

*Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam

*Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.

*Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang hidupnya.

*Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun

*Berat bumi ialah 6,588,000,000, 000,000,000, 000,000,000 tan

*Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427 km sejam.

*Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.

*Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang - 350 kambing.

*Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya

*Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.



~Burung kea di New Zealand suka makan komponen getah yang terdapat pada kereta

~Kutu boleh melompat 130 kali ganda daripada ketinggian dirinya.

~Ular haiwan maging,Ia hanya makan binatang lain.

~Tidak seperti sel-sel lain,sel otak adalah sel yang hidup paling lama dlm tubuh manusia.Ia akan hidup selagi manusia bernyawa.

~Library Utama di Universiti Indiana,AS,tenggelam ke dlm tanah kira-kira seinci setiap tahun krn semasa membuatnya,jurutera terlibat tidak memasukkan anggaran berat kesemua buku yang bakal ditampung oleh 
perpustakaan tersebut.

~Di Barat,jika anda melihat patung seorang pahlawan di atas kuda yang kedua-dua kakinya terangkat ke udara,ia bermakna orang itu mati di medan pertempuran.Jika sebelah kakinya ke udara sementara 3 lagi kaki berpijak ke tanah itu maknanya lelaki itu mati akibat kecederaan semasa bertempur,manakala pahlawan yang di atas kuda yang keempat-empat kakinya di atas tanah bermakna lelaki itu mati akibat kematian biasa.

~Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi sekuat 188 desibel,menjadikannya bunyi yang paling kuat yang mampu dikeluarkan oleh haiwan yang ada di seluruh planet bumi ini. Bunyi ini boleh didengar sejauh 848 km.


*. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan  akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

*. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

*. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

*. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

*. Di Albania, menggelengkan kepala  bermaksud  'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

*. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

*.  Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap  2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

*. kandungan  emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

*. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

*. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

*. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

*. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

*. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

*. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

*. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
 boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

*. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

*. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

*. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

*. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

*. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri. 



*. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

*.  Kelawar selalunya membeluk   ke kiri apabila keluar dari gua.

*. Hanya .016 mg  toksin yang dikeluarkan oleh  "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh  180-paun manusia.

*. Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

*. Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi  empat  tepat.

*. Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang.  Kakinya boleh mencapai  sepanjang 1.3m.

*. Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

*.   Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.   

*. Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.

*. Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.

*. Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.

*. Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.

*. Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

*. Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang      200,000 gelas susu semasa hayatnya.

*. Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang. Tetapi yang ini tidak akan ke mana hari ini - terlalu malas !

*. Diet Panda ialah  99% buluh.

*.   Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.

*. Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.

*. Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah  60-70 batu per jam (110 km/jam).

*. Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.



*.Bangunan yg tertinggi di dunia adalah Durj Dubai (800 m / 2625 ft)


p/s: baca jgn x baca.. ntikan part seterunsya.. ni part 4.. layannn..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku