Saturday, January 22, 2011

Fakta-fakta menarik dunia part 6



Salam 1 Malaysia..


rasanya di yg terakhir la.. dh byk episod dh.. hihihi


ni yg part yg lama2..


Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, n Part 5.


JOM sambung baca.. hihi..


1. Secara harfiah kita boleh menghipnosis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali.  Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.
  
2. Bebiri akan berbunyi baa kambing berbunyi maa. Sesungguhnya , suara mereka berbeza.
  
3. Seekor siput mempunyai 25000 gigi, betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu.
  
4. Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera. Tikus boleh melompat sehingga 12 inci.
  
5. Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.

6. Burung helang boleh membunuh anak rusa dan kemudian membawanya terbang . 



7. Beruang dewasa boleh berlari sepantas seekor kuda.

8. Istilah ‘Black Panther’ selalu digunakan untuk mengaitkannya dengan kucing hitam yang besar - tetapi sebenarnya tiada spesis kucing liar yang khusus  yang dipanggil "Black Panther". Oleh itu ianya berkemungkinan seekor "Leopard"  atau pun "Jaguar" yang mempunyai kulit dan pigmen bulu yang hitam .

9. Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran . Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan "peeling" untuk membentuk "intermolecular bonds" dengan permukaan dimana ianya berjalan.

10. Paruh platypus tidak seperti paruh burung -- ia adalah tulang rawan yang lembut dan mudah lentur -- serupa seperti hidung kita!



1. Hanya satu haiwan selain manusia yang boleh kena selaran matahari iaitu babi.

2.  Komodo Dragons adalah cicak yang paling besar di dunia dan ia boleh makan separuh dari berat badannya.

3. Gajah menghabiskan kira-kira  75% dari masanya untuk makan. Ia makan 200kg sehari dan mengeluarkan kira-kira 100kg najis.

4. Kuek itik tidak bergema.

5. Gigi ketam terletak di dalam perutnya.

6. Tanggapan yang mengatakan anjing dan kucing adalah musuh yang semula jadi (seperti pepatah ,” bergaduh seperti anjing dan kucing") adalah pernyataan yang berlebih-lebih, malah adalah tidak benar. Secara am, anjing dan kucing boleh berkawan lebih baik dari kucing dan kucing atau anjing dan anjing.

7. Merpati dua sejoli adalah burung bayan yang kecil yang hidup berpasangan. Rupa jantan dan betina adalah lebih kurang sama tetapi kebanyakan jantan mempunyai warna yang lebih terang dari betina.

8. Anai-anai Australia dikenali kerana boleh membina anak bukit setinggi dua puluh kaki dan lebarnya pula  lebih kurang 100 kaki.

9. Arnab suka likuoris.

10.  Penguin mengadakan hubugan sex hanya dua kali setahun.



p/s: hrap trhibur.. yg part part sebelum ni byk yg best.. ni yg last2 ni.. dh makin kurang dh.. hihihi

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku