Monday, January 3, 2011

Kenali diri berdasarkan Nombor..



Salam 1 Malaysia..

Berikut ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada
disebalik sesuatu nombor. Samaada mahu percaya atau tidak, terpulanglah
kepada anda.

*1 – Satu*
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan,
keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu
suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang
yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai
pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

*2 – Dua*
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol
pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi
dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di
bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan,
cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih
elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan
hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati
untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari
berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai
akan diperoleh.

*3 – Tiga*
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan
dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan
bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan
berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang
baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa
kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja
tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah
walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu
bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

*4 - Empat*
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan
kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan
lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya
imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang,
insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung
di bawah nombor ini.

*5 – Lima*
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana,
pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia
akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala
masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada
kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai
memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak
mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.


*6 – Enam*
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana
syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan
kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah
kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan
tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi
alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati
cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah
tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

*7 – Tujuh*
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan,
memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan
penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7
kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik.
Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat
yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan
penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada
dimasuki iblis.

*8 –Lapan*
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar
berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau
rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya
tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya…. kerana mereka tidak
tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia
mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna,
lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan
sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam
atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

*9 – Sembilan*
Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga
lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai
perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka
yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan
atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur
tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor
ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat
nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!


Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita
dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada
ketika membuat perhitungan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai
Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda
mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan
mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu
apakah *rahsia nombor peribadi* anda.


Nak tahu apakah nombor peribadi anda? Formulanya ringkas sahaja. Anda
cuma perlu campurkan saja jumlah nombor tarikh lahir anda.
Misalnya anda lahir pada 12-12-1969. Maka, campurkan sekali semua nombor
yang ada pada tarikh lahir anda tersebut.
1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4.


Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah
satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan
melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.


Hakikatnya, semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan
ALLAH SWT yang Maha Berkuasa. Hanya ALLAH SWT sajalah yang Maha
Mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda/perkara.
Sesungguhnya semua benda/perkara tidak akan mendatangkan sebarang
manfaat atau mudarat tanpa izin daripada ALLAH SWT, Robb sekalian alam.


sumber:pakarhowto

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku