Wednesday, January 19, 2011

Fakta-fakta menarik dunia part 5



Salam 1 Malaysia..


bertemu lgi dlm entry aku mngenai fkta yg mnarik kt dunia ni..


bgi yg baru ja baca ni.. hngpa boleh jugak baca entri yg lepas2 pasai ni..


Part 1, Part 2, Part 3, n Part 4..


Ok.. smbungan nya di sini.. layann.. 


*.  Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..

*. Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

*. Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang.

*. Burung penguin jantan akan mengeram  sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak  makan dan akan   hilang 40% dari berat badannya

*. Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V.  Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang  mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.



*. Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?

*. Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah "menyelesaikan" masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.

*. Landak diahirkan bogel dan "duri" di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.

*. Ekor monyet membantunya untuk imbangan.

*. "Skunk" boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh 10 kaki.

*.  Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.

*.  Kuda laut betina mengeluarkan telur ke dalam kantung di perut kuda laut jantan. Jantan akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung dan mensenyawakan telur. Selepas terbentuknya embrio, jantan akan melahirkan kuda laut yang kecil.

*. Sotong mempunyai tiga jantung.

*.  Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang.Bila tidur tiada bau yang keluar.

*. Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna  "carotenoids". Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk  anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.

*. Ketam terkenal berjalan dari sisi!

*. Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.

*. Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orangramai.

*. Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.

*. Penglihatan "moose" (rusa besar) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam.



*. Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan  haba .    Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan  10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba.

*. Kebanyakan  hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.

*.  Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam.  Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan  seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit

*. Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka  mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata .


*. Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar.

*. Burung kiwi adalah buta oleh itu mereka memburu dengan menggunakan deria bau.

*. Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.

*. Kala jengking pendarfluor di bawah cahaya ultraungu dan ini memudahkan para saintis mencari nya di lapangan. Pendarfluor ini dianggap   menjadi sebagai  mekanisma yang sensitif ultraungu dan ini menghindarkan kalajengking  dari merosakkan paras cahaya.

*. Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat.  Alasan mereka dipanggil  beruang kaola kerana rupanya seperti beruang teddy.

*. Jika anda memberi gula kiub kepada rakun , ia akan  cuba membersihnya (kerana rakun membersih semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihnya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.

*. Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah.  Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)

*. Ayam Belanda menghidap  penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.

*. Kumbang kura-kura "mengeluarkan darah" kerana melindungi diri dari pemangsa. "Darah" mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci atau membawa maut kepada pemangsa.

*. Feret betina akan mati jika ia tidak jumpa pasangannya apabila ia datang berahi.

*. Tikus mondok ialah binatang kecil yang suka mengorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah di jejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.

*. Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau .

*.  Salah satu sifat walrus ialah mempunyai sepasang gading panjang, (40cm) yang sebenarnya gigi taring yang akan tumbuh berterusan. Ianya bukan sahaja sebagai daya penarik tetapi  untuk menunjukkan sifat agresif/dominans dan sebagai lubang penafasan di dalam ais. Berbeza dari kepercayaan biasa yang mengatakan ianya digunakan untuk menggorek makanan.

*. Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.

*. Tulang-tulang burung merpati  lebih ringan daripada bulunya.

*. Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu , ia  tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.



*. satu-satunya binatang jantan yang boleh beranak adalah kuda laut.

*. kuda laut tidak mampu membengkokkan ekornya ke belakang.



nk lgi ka?? tgok la klu rajin.. rasanya dh bnyk..


p/s: rasa2 hngpa.. betoi ke smua ni?? aku xjamin.. aku xsmpat nk kaji.. byk sgt..apa2 pn ianya mmg mnarik.. ni part 6..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku