Showing posts with label Ikut Dan Aku. Show all posts
Showing posts with label Ikut Dan Aku. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Apa Aku Nak buat ni??

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Entri kali ini tentang masa depan blog aku ini. Aku sekarang ini menghadapi sedikit masalah dalam mengawal blog aku ini..
Pening-pening, aku sebenarnya malas nak cerita tentang perkara ini kepada umum. Kang lagi pening, tapi bila difikirkan.. Biar la, janji blog aku update.. hahahaha..

Sekarang ini aku manage 4 blog.. 
Sebelum ini, aku dah berhenti menulis untuk blog lucu antarabangsa aku.. Kiranya ada 5 sebelum ini..

Sekarang yang tinggal

  • blog ini : Paling aku sayang sebab dah lama bersama aku.. Entah dia sayang aku tidak ni.. hehe
  • blog akumizi : Sayang juga ini, sebab domain sendiri.. hehehe
  • blog contest : rasa nak stop juga.. tak pernah menang langsung blog ni. huhu
  • bloglist : hehe, tak perlu update pun.. saja nak promosi. hehe
Blog akumizi tu pada mulanya aku cuma nak tulis tentang diri aku ja. Tetapi setelah difikirkan.. Bila la nak maju kalau asyik pasal diri aku ja. Kena buat pelbagai entri dalam blog akumizi tu..baru la maju.. Sebabnya blog tu lagi penting dari blog ini.. setahun sekali kena bayar tu.. 

Aku asyik duk update dekat blog ini ja, sebabnya.. Blog ini blog pertama aku dan Follower pun dah ramai..lagipun aku dah serasi dengan blog ini.. hehe.. Terpikir juga, nak stop terus blog ini.. Tapi asyik tak jadi ja.. Aku tulis,bila nak publish.. cancel balik.. Tak sampai hati pula nak berhenti menulis kat blog ni..

Dalam draf blog ini pun banyak tak publish lagi, duk fikir.. nak publish pakai blog ini.. atau Blog akumizi.. Pening-pening.. 

p/s: update juga akhirnya.. hahaha

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Wednesday, April 13, 2011

Aku Terpaksa Membuangmu.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Entri kali ini tiada kaitan yang hidup atau pun yang telah mati.
Entri ini khas buat plugin blog aku..

Aku terpaksa membuangmu Intensedebate..

Itu je aku nak sampaikan..
rasanya pilihan aku betul kali ini..

Komen-komen yang ada dalam intensedebate masih ada dalam simpanan email aku.
500 kesemuanya...

Kalau nak tahu kenapa aku buang boleh la rujuk entri ini.

p/s: pendek betoi entri ni.. haha

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Tuesday, April 12, 2011

Jaga-jaga dengan Follower ke 193 aku.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sebelum aku nak bermula dengan lebih detail lagi.. Eloklah aku beritahu kenapa aku pilih follower 193..
Sebenarnya, aku pun teringin juga nak review blog follower aku. Selalunya orang pilih follower bernombor 1,11,111 dan seumpamanya. Tapi aku pilih 193.. tak cantik langsung kan angka tu.. hehe.. Kalau nak tahu, 193 tu nombor rumah aku kat kampung..

Tujuan utama aku memang nak review blog follower aku tu.. Tapi agak mengecewakan.. Follower 193 aku tu, tak letak blog dia. Mungkin dia tak tahu kot. hehe..


m.faizal_hashim??? Aku macam pernah dengar nama budak ni. Rasanya dia pun macam dah follow aku..
Jadi aku pun tengok lagi follower aku.
Dan aku jumpa follower seakan follower 193 aku tu..

Memang gambar sama pun.. Nama pun lebih kurang.. Kalau betoi orang yang sama, memang rajin betoi follow blog aku.. Teharu aku.. hehe

Tapi aku belum puas hati lagi dengan kajian aku ini sebab tak dapat blog dia lagi.
Jadi, aku terjah tempat kebanyakkan blogger baru dan lama tinggalkan link blog diaorang iaitu Forum Syoknyerblogging..

Dan aku telah jumpa ni

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Monday, April 11, 2011

[Vid] More Women want Sex than Man (18sx)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua.

Wanita lebih mahukan seks berbanding lelaki.. hehe..
Amaran: Budak-budak bawah umur sila main jauh-jauh... ni cerita orang tua-tua.. hehe
Sebenarnya aku hendak sampaikan sebuah video terbaru yang aku jumpa dalam youtube..
Jom saksikan sama-sama.. hehe..

Berdasarkan komen kat youtube, ada kata muka lelaki itu macam Justin Biber.


p/s: kalau aku di tempat itu.. huhu..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Friday, April 8, 2011

Hang la Bodoh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Entri kali ni tidak ada mengena yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Ianya berkaitan dengan sebuah/seekor/sebiji robot. Naik hangin gak chat dengan makhluk ni..
Boleh dia kata aku bodo.. Memang tak guna betul.. nak ja aku belasah.. haha


User tu aku la...
Cleverbot tu, robot tu...

Kalau ada yang nak menambahkan tekanan, masuk sini ->>http://www.cleverbot.com/

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Sunday, March 20, 2011

Size Blog Aku ERROR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Size blog aku ERROR??
Sebelum aku nak memanjangkan cerita aku yang tak best ni, Eloklah aku bertanya dulu.
Anda semua pernah tak mengalami Masalah ERROR tu??
hehe.. mesti ada pula yang tak faham ni..

Meh sini nak cerita lagi, semua tahu kan pasal web untuk timbang blog kita kan..

website speed test namanya..
Selalunya kalau kita check kat situ, keluarlah Size, Load Time dan Average Speed per KB Blog kita tu.
Jadi, kita tau la blog kita tu okey ke tak..

Aku pun tak nak hurai lebih-lebih, dah ramai yang cerita tentang tu..
Berbalik pada Entri Aku tu,. Cerita nya macam ni.
Aku nak check la berat blog aku,.. aku pun copy paste la url blog aku yang ni dalam petak yang disediakan kan tu.. Tengok-tengok result dia, Lain macam saja..
Tengok ni..

Aikk apasal ERROR?? aku pun pelik..
Aku pun try la lagi sekali.. Selamat dah ok.. hehe..

Jadi, berbalik pada soalan aku tadi.. ada siapa-siapa yang biasa jadi macam ni?
Kenapa boleh jadi macam tu?

p/s: sekadar berkongsi..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Yang Mana 1 boleh Percaya?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Entri kali berkenaan dengan widget dekat blog aku ni..
Widget yang aku maksudkan itu adalah widget 'Visitor Online'.
Kebanyakkan blogger kita pakai Widget dari amung.us..
Memang banyak widget yang macam tu kan..

Tapi aku sekarang ni, mencuba satu widget dari webstat.
Sebab utama aku pilih widget ini adalah kerana widget ini dapat bagi info tentang jumlah keseluruhan visitor kita pada hari tersebut. Boleh la aku tau, berapa ramai yang datang ke blog aku dalam sehari tu..

Tapi yang menjadi masalahnya, Angka dari Visitor online antara 2 widget dari amung dengan webstat tu tak sama. Selalunya webstat tu menunjukkan angka visitor online yang lebih banyak.
Tengok sini..

Memang jauh beza tu..
Disebabkan masalah ini, aku menjadi pening.. haha..
Yang mana 1 yang betul ni??
terasa nak cari widget lain lagi, nak try buat perbandingan.. tapi malas..
lebih baik aku tanya kamu semua..kan kan.. hehe.

Dan kalau boleh, bagi lah tips tentang widget mana yang lebih berkesan dan boleh dipercayai..
Aku nak yang ditir seperti yang ada visitor today tu.. kalau wordpress dah ada plugin dia.. Count Stat kalau tak silap aku..
Kalau blogspot ini, banyak sangat yang ada.. tapi kebanyakkan macam amung.us tu..

p/s: apa pendapat anda semua.. hehe

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Friday, March 18, 2011

[Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?

klik banner kalau nak join..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Segmen ini ditaja khas oleh Sifu Aku.. 
Di tuju khas kepada budak kampung.. 

Kalau ada yang nak join tu, kena la jawab soalan soalan killer oleh sifu aku ni.

1. Adakah aku budak kampung?
Ya. Nick name pun Orang Kampung dah.. hehe

2. Kampung Aku dimana?
Kediaman Datuk-datuk, Yan, Kedah..

3. Apa yang best tentang kampung Aku?
Best tempat aku..
Macam mana nak gambarkan ehh..
Jap aku lukis.
smart kan.. haha

Faham tak?
Yang bestnya, ada sawah padi atau bendang..
Lepas tu sebelah kiri ada laut.. Selat Melaka tu.. ehh, lupa pula nk nk lukis pulau.
Kemudian, sebelah kanan tu gunung.. Gunung Jerai.. Ada Air Terjun.. Yang paling dekat dengan rumah aku, Air Terjun Sri Perigi. Yang Paling best di Malaysia, Tupah.. tapi aku tak pernah p pun Tupah tu.. hehe
Cukup kot, ni kalau nak cerita semua ni, kena buat drama episod ni..

4. Tempat yang Aku Selalu Lepak (atau tempat bermain) di Kampung?
Tepi Pantai.. 
Tepi Jalan..
Tepi Sungai..
Atas Gunung..
Atas Bot..
Atas Pokok..

5. Permainan Kampung yang Pernah Aku Main?
Banyak ni..
Yang Paling best.. Polis Sentri..

Sampai umur 21 tahun pun main lagi.. haha
Selalunya orang main time bulan Puasa, tapi kami main tak kira masa..
Yang Pasti, Pukul 12 Malam ke atas..
Dah berapa kali kena kejar dengan orang kampung.. 
Orang Kampung ingat Pencuri.. haha..
Selamat Cekap melepaskan diri.. 

Yang Kedua, Getah Palang.
Yang ni pun menjadi kesukaan aku..

Google punya Google.. Jumpa gak tentang permainan ni..
Tapi, lain sikit la.. Aku punya Garisan dengan Palang tu, Jauh lagi ada la dalam 30 meter.
ehh, lupa pula nak kasi link.. rujuk SINI..
Cara nya lebih kurang ja.. tapi kat kampung aku, getah nak lastik tu buat dari getah yang orang pakai untuk Lastik burung tu.. Lepas tu, kami letak nut atau batu jala untuk menambah kelajuan lastik kami.
lastik juga dipanggil terebe..

Yang ketiga, Wau
Memang Raja buat Wau la aku.

Bukan untuk jual atau untuk permainan.
Raja Wau sebab Wau aku cepat rosak, asyik landing atas bumbung rumah orang ja.. haha
Antara Wau yang Aku reti buat Wau Bulan, Wau Merak, Wau Camaq, Wau Daun, Wau Lang dan Macam2 lagi la..
Wau yang aku tak reti sangat, Wau Jala Budi, Wan Camaq Laut dengan Wau Ikan.. kat ekor tu pening..

Yang Keempat, Main Tepuk.
Bukan Tepuk Orang.. 
Pening pula nak terang.. haha..
Kena ada tangan kalau nak main.. 
Lepas tu, Kad Judi yang kecik-kecik tu.. yang ada gambar batman, Power Ranger tu.
Kemudian Susun kad tu, Tepuk bagi terkalih @ Terbalik.
Selamat jumpa gambar dia.. haha

Yang Kelima.
Main Bola Dalam Bendang @ Sawah Padi.

Tak payah Terang kot.. hehe.. 
Padang Bola ada, tapi suka dalam bendang lagi..

Dah la rasanya..Nak Terang semuanya.. jenuh aku..
Aku buat Senarai Permainan yang aku masih ingat..
Tindih Pemadam
Judi
Bola Kad
Guli
Gasing
Mini Explore race
Teng Teng @ Jengkek
Sembunyi sembunyi @ Aci nyorok

Tak ingat dah.. Nak tidur.. huhu..

p/s: aku tag melalui shoutbox or komen.. ramai ni nak tag.. hehe

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Wednesday, March 2, 2011

Cepatnya aku berubah hati..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sejak kebelakangan ni, aku selalu berjalan jalan ke blog orang.. Kalau rasa boring sangat aku masuk forum. Kalau aku boring boring sangat aku tengok video kat youtube.. Kalau aku lagi lagi boring, aku buka laman web sosial aku.. 

Sampai blog aku tak ter update seperti sedia kala, Seronok pulak aku berjalan jalan dalam dunia maya ni.
Dunia maya ni memang tersimpan pelbagai benda yang menarik.. menarik sangat sangat.

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku