Wednesday, March 2, 2011

Cepatnya aku berubah hati..


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Sejak kebelakangan ni, aku selalu berjalan jalan ke blog orang.. Kalau rasa boring sangat aku masuk forum. Kalau aku boring boring sangat aku tengok video kat youtube.. Kalau aku lagi lagi boring, aku buka laman web sosial aku.. 

Sampai blog aku tak ter update seperti sedia kala, Seronok pulak aku berjalan jalan dalam dunia maya ni.
Dunia maya ni memang tersimpan pelbagai benda yang menarik.. menarik sangat sangat.


Di sebabkan itu, aku dah mula bosan dengan blog aku ini.. Bukan entri nya tetapi template nya.. huhu..
Cepat sungguh hati ku berubah. Aku rasa baru lagi aku memakai template ini. Rasanya tahun ini saja, dah nak sampai tiga kali blog aku ni nak tukar template.. Begitu juga template blog blog aku yang lain.. semalam baru saja aku mengubah template blog aku yang lain tu. 

Jeles pulak tengok template blog orang lain yang gempak gempak..
Aku pun tak nak membebel panjang2 la.. 
Apa yang aku tau sekarang, aku nak ubah template blog aku ni.. 
Rasa kalau ada 'Pertandingan Blog Paling Serabut'.. aku lah pemenangnya.. serabut kan blog aku.. 

p/s: susah betoi nak cari template yang berkenan di hati ni.. nak buat sendiri, tak reti, makan masa pulak.. huhu..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku