Sunday, March 13, 2011

Final All England 2011: Keputusan Regu Lelaki

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.


Bagi Pasangan Beregu negara Malaysia, Koo Kien Kat dan Tan Boon Heong telah berjaya ke final setelah menewaskan Pasangan China iaitu Cai Yun dan Fu Haifeng.

Dengan itu mereka bertemu Pasangan Nombor 1 Dunia iaitu Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark. Setelah Pasangan Denmark itu menewaskan Pasangan dari China iaitu Chai Biao/Guo Zhendong.

Dengan ini, Final All England untuk Man Double telah menemukan Pasukan dari Malaysia (Ranking ke 5 Dunia) dengan Pasangan Denmark (Ranking Pertama dunia).

Perlawanan yang dimainkan selama 1 jam 2 minit itu telah
dimenangi oleh Pasukan Nombor 1 Dunia iaitu dari Denmark.

Keputusan Penuh


Walaupun Pasangan beregu Malaysia Kien Keat/Boon Heong berjaya menewaskan Pasangan dari Denmark Boe/Mogenson dengan 21-15. Namun, Pasangan Denmark Boe/Mogensen berjaya bangkit untuk menewaskan Pasangan Malaysia pada Set kedua dan Set Penentuan. 

Pasangan dari Demark ini selalunya lebih beragresif untuk menyerang pada set kedua dengan Smash yang tajam oleh Boe. 

Walau apa-apa pun, tahniah kepada pasangan regu Malaysia kerana berjaya ke Final.

p/s: Tak sabar nak tunggu Perlawanan Datuk Lee Chong Wei Pula.. hihi

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku