Wednesday, March 16, 2011

Muzium Rambut


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Chez Galip ialah tuan punya muzium rambut Avanos di Cappadocia Turki. Mula dibuka 30 tahun yang lalu, muzium ini sudah mempunyai koleksi 16 000 rambut dari wanita seluruh dunia. Yes only rambut wanita are allowed here boys. Setiap rambut dilekatkan nama dan alamat penuh si tuan punya. Ceritanya Chez Galip dulu mempunyai seorang kawan wanita. Suatu hari si perempuan mahu berhijrah dari Avanos. Sebagai tanda pelepas rindu si wanita bagi Chez seikat rambut miliknya. Sejak dari hari itu Chez menerima rambut dari pengunjung kedainya yang terletak diatas muzium aneh ini. Lupa nak cakap, Chez Galip ialah seorang pembuat tembikar yang terkenal di Avanos. So setiap kali orang datang kedai tembikar pasti melawat muzium rambut bawah tanahnya.



Dua kali setahun iaitu dibulan Jun dan Desember, pelawat pertama kedainya akan diberikan peluang memilih 10 pemenang bertuah dari 16000 wanita yang mendermakan rambut ke muzium ini. Mereka yang terpilih akan dihadiahkan percutian selama seminggu di Cappadocia dan menghadiri kelas membuat tembikar yang diajar oleh Chez Galip sendiri secara percuma. Ini menurut Chez Galip ialah cara beliau berterima kasih kepada wanita yang sudah menderma rambut kepada muziumnya.



sumber: prodigy ehoza

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku