Wednesday, March 23, 2011

Mentol Lampu bentuk Otak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten.

Ada beberapa jenis mentol lampu. Antara yang biasa digunakan di rumah-rumah kediaman adalah jenis lampu pijar (incandescent) dan lampu kalimantang (flourescent). Mentol lampu pijar mengeluarkan cahaya kekuningan sementara lampu kalimantang biasanya putih. Ini adalah kerana faktor bahan gas yang digunakan di dalam balang kaca lampu tersebut. Mentol lampu jenis halida logam dan neon direkabentuk untuk mencerahkan kawasan yang luas, sementara mentol lampu berisikan gas halogen digunakan untuk lampu kenderaan.

Mentol lampu berbentuk otak ini adalah jenis yang digunakan di rumah-rumah..
Mentol ini direka oleh Igor dan Maria Soloyov dari Syarikat Soloyovdesign.
Jom kita lihat mentol lampu berbentuk otak ini yang diberi nama "Insight Lamp".


sumber :  Soloyovdesign

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku