Friday, March 25, 2011

Bedah Diri Sendiri

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua.

Entri kali ini adalah berkaitan dengan Seorang Doktor yang sangat berani membedah dirinya.
Nama doktor ini ialah Leonid Rogosov. Iaity seorang doktor dari Soviet di stesen Antartika Novolazarevskaya.


Ceritanya awal bulan April 1961, ketika bertugas di Antartika dalam ekspedisi Antartika Soviet.Waktu itu dia merasakan sakit di perut kanan bawah dan mengalami demam.Dia pun mendiagnosis dirinya sendiri yang ternyata mengalami penderitaan usus buntu.


Ketika itu dia adalah satu-satunya doktor di stesen Novolazarevskaya.pada malam hari dia pun melakukan pembedahan pada dirinya sendiri dan dibantu oleh seorang jurutera mesin dan seorang ahli meteorologi di stesen itu.Mereka berdua membantunya memberikan alatan medik dan memegang cermin kecil di perutnya.

Dia melakukan suntikan ubat bius novocaine dan membuat sayatan 12 cm di daerah perut kanan dengan pisau bedah.Pembedahan tersebut berlangsung sehingga 1 jam dan 45 minit lamanya.sungguh memerlukan satu keberanian dan ketenangan yang luar biasa untuk menyayat dan memotong daging sendiri.Sungguh LUAR BIASA.


Rogozov Leonid pada tahun 1959 lulus dari Institut dan segera diterima di klinik pembedahan. Namun, studynya terhenti kerana Leonid melakukan perjalanan ke Antartika di bulan September, 1960 sebagai seorang doktor dari Soviet di stesen Antartika Novolazarevskaya. Dengan tindakan nekadnya itu, Doktor Leonid Rogosov menjadi terkenal kerana berhasil membedah dirinya sendiri dan kembali sihat.

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Wednesday, March 23, 2011

Mentol Lampu bentuk Otak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.


Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten.

Ada beberapa jenis mentol lampu. Antara yang biasa digunakan di rumah-rumah kediaman adalah jenis lampu pijar (incandescent) dan lampu kalimantang (flourescent). Mentol lampu pijar mengeluarkan cahaya kekuningan sementara lampu kalimantang biasanya putih. Ini adalah kerana faktor bahan gas yang digunakan di dalam balang kaca lampu tersebut. Mentol lampu jenis halida logam dan neon direkabentuk untuk mencerahkan kawasan yang luas, sementara mentol lampu berisikan gas halogen digunakan untuk lampu kenderaan.

Mentol lampu berbentuk otak ini adalah jenis yang digunakan di rumah-rumah..
Mentol ini direka oleh Igor dan Maria Soloyov dari Syarikat Soloyovdesign.
Jom kita lihat mentol lampu berbentuk otak ini yang diberi nama "Insight Lamp".


sumber :  Soloyovdesign

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Tuesday, March 22, 2011

Lelaki Cermin : Mirror Man

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Lelaki Cermin @ Mirror Man ini berasa dari Los Angeles. Dia diberi gelaran Mirror Man disebabkan dia menutupi seluruh badannya dengan pakaian yang diperbuat daripada Cermin. Lebih kurang seratus serpihan cermin digunakan. Menarik bukan. Okey, mari kita lihat gambar-gambarnya yang diambil di Griffith Observatory di LOS Angeles dan ditangkap oleh jurugambar dari Flick's.

















Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Monday, March 21, 2011

Atok ni Power la.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Entri aku pada Kali berkaitan dengan seorang Blogger yang membahasakan dirinya sebagai Atok..
Ya Mungkin yang ramai mengenali Atok ini..

Aku kadang-kadang ni, jeles juga dengan Atok ni..
Setiap entri Atok ni, mesti berpusu-pusu orang nak komen..
Siap berebut-rebut lagi.. Memang susah la nak boleh orang pertama yang komen kat entri terbaru Atok ni..
Kalau tak caya, try la jadi orang yang pertama.. hehe..

Nama saja Atok, tapi ingatan kamain bagus, sehari tu bepuluh puluh entri.. Harap-harap Atok ni lambat sikit nak nyanyok kan.. hehe..

Bab Follower pula jangan kata la, dah memang berjuta... Tak Macam aku, ciput je..
Tu yang buat aku jeles sangat-sangat ni..

Salah kah aku nak jeles-jeles ni, bagi aku lagi bagus aku jeles.. Kenapa? Kalau aku tak jeles maka aku akan biarkan saja blogger lain meningkat naik. 'biarlah, dah rezeki dia'.. Mana boleh macam tu..
Sebagai blogger ni, kita kena berdaya saing.. bersaing la dengan cara elok kan..
Tapi jangan pula duk kata jeles ja, mulut ja cakap banyak, tapi malas.. bila la nak naik kan.. Usaha tu penting.. adehh, dh melalut sampai ke sini pula..

Aku sebenarnya nak Promote blog Atok ni, Sememangnya Blog Atok ni memang best..
klik banner jika anda mahukan petua

Atok ni aku kenal bukan melalui blogwalking, tapi melalui SB, bukan Syoknyer Blogging, SB yang aku maksudkan Sahabat Blogger kat Facebook.. Memang femes la Atok ni kat SB tu, Atok la yang banyak memperkenalkan aku kepada rakan-rakan SB tu.. Banyak perempuan pulak tu.. Jumpa la Atuk kat SB tu ->> Aiman... Kalau nak awek cun cun kat SB tu, tanya ja Atok.. hehe..

Aku pun dah banyak melencong ni, lain yang fikir, lain pula aku tulis..
Kalau nak tahu blog Atok yang aku kata gempak tu boleh la terjah blog  peTUA KITA semua

Niat sebenar dihati aku, aku mahu blog aku diterjah oleh Atok.. Atok suruh buat Entri pasal blog dia..
Kalau nak join Sila lah ke Segmen Atok yang Macho..

Aku pun dah ngantok ni.. hehe..

p/s: Atok jangan buang entri cucu dalam tong sampah k.

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Seni Dari Buku: Book Origami

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.

Pada kali ini, aku nak berkongsi satu seni yang sememangnya menarik dan kreatif.

Entri ini berkaitan tentang Seni dari buku atau Book Origami.. Ianya terhasil hasil lipatan buku..
Untuk pengetahuan Semua, Seni ini hasil kerja tangan Isaac Salazar..


Jom tengok sama-sama..
















Kalau nak lihat lagi.. Sila la ke SINI.. 

p/s: byk sgt gambar.. huhu.. sorry erkk..



Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Sunday, March 20, 2011

Burit: Adakah Ianya Lucah?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Agak Lucah pula rasanya entri Aku pada kali ini.. hehe..
Jangan salah anggap semua... Aku saja nak test keyword ni.. Entah dapat sambutan ke tak ni..
Ehh, nanti dulu.. aku bukannya nak buat entri kosong ni.. Ingat aku Tipu ke..
Burit: Adakah Ianya Lucah?

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal burit yang kita semua tahu ni..
Benda ni dah lama aku jumpa.
Tapi baru hari ini tergerak hati nak buat entri ini..

Burit yang aku maksudkan adalah sebuah laman web dari Itali...
macam Malaysia kita, pakai dot my. Jadi kalau Itali pakai dot it..
Jadi, mesti dah dapat tangkap kan..
Jadi ia bukan burit tetapi bur.it..

Web itu terjumpa secara tidak sengaja.. hehe.. semuanya bermula dengan blog ma.tt.. rasanya Wordpress punya orang, dia pakai domain ma.tt untuk melambangkan namanya matt..

p/s: aku nak ulas pasal web bur.it pun tak reti.. tak paham bahasa.. tapi web tu nampak macam pendidikan punya.. hehe..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Size Blog Aku ERROR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Size blog aku ERROR??
Sebelum aku nak memanjangkan cerita aku yang tak best ni, Eloklah aku bertanya dulu.
Anda semua pernah tak mengalami Masalah ERROR tu??
hehe.. mesti ada pula yang tak faham ni..

Meh sini nak cerita lagi, semua tahu kan pasal web untuk timbang blog kita kan..

website speed test namanya..
Selalunya kalau kita check kat situ, keluarlah Size, Load Time dan Average Speed per KB Blog kita tu.
Jadi, kita tau la blog kita tu okey ke tak..

Aku pun tak nak hurai lebih-lebih, dah ramai yang cerita tentang tu..
Berbalik pada Entri Aku tu,. Cerita nya macam ni.
Aku nak check la berat blog aku,.. aku pun copy paste la url blog aku yang ni dalam petak yang disediakan kan tu.. Tengok-tengok result dia, Lain macam saja..
Tengok ni..

Aikk apasal ERROR?? aku pun pelik..
Aku pun try la lagi sekali.. Selamat dah ok.. hehe..

Jadi, berbalik pada soalan aku tadi.. ada siapa-siapa yang biasa jadi macam ni?
Kenapa boleh jadi macam tu?

p/s: sekadar berkongsi..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Yang Mana 1 boleh Percaya?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Entri kali berkenaan dengan widget dekat blog aku ni..
Widget yang aku maksudkan itu adalah widget 'Visitor Online'.
Kebanyakkan blogger kita pakai Widget dari amung.us..
Memang banyak widget yang macam tu kan..

Tapi aku sekarang ni, mencuba satu widget dari webstat.
Sebab utama aku pilih widget ini adalah kerana widget ini dapat bagi info tentang jumlah keseluruhan visitor kita pada hari tersebut. Boleh la aku tau, berapa ramai yang datang ke blog aku dalam sehari tu..

Tapi yang menjadi masalahnya, Angka dari Visitor online antara 2 widget dari amung dengan webstat tu tak sama. Selalunya webstat tu menunjukkan angka visitor online yang lebih banyak.
Tengok sini..

Memang jauh beza tu..
Disebabkan masalah ini, aku menjadi pening.. haha..
Yang mana 1 yang betul ni??
terasa nak cari widget lain lagi, nak try buat perbandingan.. tapi malas..
lebih baik aku tanya kamu semua..kan kan.. hehe.

Dan kalau boleh, bagi lah tips tentang widget mana yang lebih berkesan dan boleh dipercayai..
Aku nak yang ditir seperti yang ada visitor today tu.. kalau wordpress dah ada plugin dia.. Count Stat kalau tak silap aku..
Kalau blogspot ini, banyak sangat yang ada.. tapi kebanyakkan macam amung.us tu..

p/s: apa pendapat anda semua.. hehe

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Friday, March 18, 2011

[Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?

klik banner kalau nak join..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Segmen ini ditaja khas oleh Sifu Aku.. 
Di tuju khas kepada budak kampung.. 

Kalau ada yang nak join tu, kena la jawab soalan soalan killer oleh sifu aku ni.

1. Adakah aku budak kampung?
Ya. Nick name pun Orang Kampung dah.. hehe

2. Kampung Aku dimana?
Kediaman Datuk-datuk, Yan, Kedah..

3. Apa yang best tentang kampung Aku?
Best tempat aku..
Macam mana nak gambarkan ehh..
Jap aku lukis.
smart kan.. haha

Faham tak?
Yang bestnya, ada sawah padi atau bendang..
Lepas tu sebelah kiri ada laut.. Selat Melaka tu.. ehh, lupa pula nk nk lukis pulau.
Kemudian, sebelah kanan tu gunung.. Gunung Jerai.. Ada Air Terjun.. Yang paling dekat dengan rumah aku, Air Terjun Sri Perigi. Yang Paling best di Malaysia, Tupah.. tapi aku tak pernah p pun Tupah tu.. hehe
Cukup kot, ni kalau nak cerita semua ni, kena buat drama episod ni..

4. Tempat yang Aku Selalu Lepak (atau tempat bermain) di Kampung?
Tepi Pantai.. 
Tepi Jalan..
Tepi Sungai..
Atas Gunung..
Atas Bot..
Atas Pokok..

5. Permainan Kampung yang Pernah Aku Main?
Banyak ni..
Yang Paling best.. Polis Sentri..

Sampai umur 21 tahun pun main lagi.. haha
Selalunya orang main time bulan Puasa, tapi kami main tak kira masa..
Yang Pasti, Pukul 12 Malam ke atas..
Dah berapa kali kena kejar dengan orang kampung.. 
Orang Kampung ingat Pencuri.. haha..
Selamat Cekap melepaskan diri.. 

Yang Kedua, Getah Palang.
Yang ni pun menjadi kesukaan aku..

Google punya Google.. Jumpa gak tentang permainan ni..
Tapi, lain sikit la.. Aku punya Garisan dengan Palang tu, Jauh lagi ada la dalam 30 meter.
ehh, lupa pula nak kasi link.. rujuk SINI..
Cara nya lebih kurang ja.. tapi kat kampung aku, getah nak lastik tu buat dari getah yang orang pakai untuk Lastik burung tu.. Lepas tu, kami letak nut atau batu jala untuk menambah kelajuan lastik kami.
lastik juga dipanggil terebe..

Yang ketiga, Wau
Memang Raja buat Wau la aku.

Bukan untuk jual atau untuk permainan.
Raja Wau sebab Wau aku cepat rosak, asyik landing atas bumbung rumah orang ja.. haha
Antara Wau yang Aku reti buat Wau Bulan, Wau Merak, Wau Camaq, Wau Daun, Wau Lang dan Macam2 lagi la..
Wau yang aku tak reti sangat, Wau Jala Budi, Wan Camaq Laut dengan Wau Ikan.. kat ekor tu pening..

Yang Keempat, Main Tepuk.
Bukan Tepuk Orang.. 
Pening pula nak terang.. haha..
Kena ada tangan kalau nak main.. 
Lepas tu, Kad Judi yang kecik-kecik tu.. yang ada gambar batman, Power Ranger tu.
Kemudian Susun kad tu, Tepuk bagi terkalih @ Terbalik.
Selamat jumpa gambar dia.. haha

Yang Kelima.
Main Bola Dalam Bendang @ Sawah Padi.

Tak payah Terang kot.. hehe.. 
Padang Bola ada, tapi suka dalam bendang lagi..

Dah la rasanya..Nak Terang semuanya.. jenuh aku..
Aku buat Senarai Permainan yang aku masih ingat..
Tindih Pemadam
Judi
Bola Kad
Guli
Gasing
Mini Explore race
Teng Teng @ Jengkek
Sembunyi sembunyi @ Aci nyorok

Tak ingat dah.. Nak tidur.. huhu..

p/s: aku tag melalui shoutbox or komen.. ramai ni nak tag.. hehe

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Jom Sertai Bloglist Haris Kaito

klik banner kalau nak join.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jom Pakat-pakat join Bloglist Haris Kaito.
Opps lupa plak..
Aku Laki..

Anda di bawah telah di tag..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Kontroversi Rekod Manusia Paling Pendek di dunia.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. 


Rekod manusia terpendek atau Terkecil di dunia sekarang ini dipegang oleh Khagendra Thapa Magar dari Nepal dengan ketinggian 67 cm.
Khagendra Thapa Magar


Ok berbalik pada entri aku, Sebenarnya ada lagi Manusia yang lagi pendek dari Khagendra Thapa Magar itu.
Dia adalah June Rey Balawing dari Filipina dengan ketinggian hanya 56 cm..
June Rey Balawing


Ok, di sini adalah senarai manusia terpendek di Dunia.. 

NationalityHeightNameNotesLifespan
 India57 cmGul MohammedShortest man ever verified, measuring 22 in (57 cm),according to Guinness World Records.1957–1997
 Philippines56 cmJune Rey BalawingUnofficial shortest man, measuring 22 in (56 cm), not yet verified by Guinness World Records.1992–
 Jordan65 cmYounis EdwanShortest man claimant, is said to be 26 in (65 cm), but not verified by Guinness World Records.1971–
 Hungary65 cmIstván TóthShortest man claimant, is said to be 26 in (65 cm). Verification by Guinness World Records needs to be checked.1963–
 Nepal67 cmKhagendra Thapa MagarShortest man currently living, measuring 26.4 in (67 cm), according to Guinness World Records.1992–
 Taiwan67.5 cmLin Yü-chihFormer shortest man in the world until 2009.1972–
 Colombia70.21 cmEdward Niño HernándezNamed the shortest man after He Pingping died in March 2010, at 27.64 in (70.21 cm), but lost the title in October 2010 to Magar.1986–
 China74 cmHe PingpingOnce officially verified as shortest living man (mobile) at 29 in (74 cm), until death in March 20101988–2010
Petunjuk 
      Sudah Meninggal Dunia       Masih hidup       Tidak/Belum mendapat pengiktirafan dari Guinness World Record


sumber maklumat: SINI.


Kalau diikut maklumat web yang terkenal ini, tahun lahir antara June Rey Balawing dengan Khagendra Thapa Magar adalah sama iaitu 1992. 
Kalau dikira dah berumur 19 tahun untuk tahun ini. 


Ramai mengatakan umur June Rey Balawing baru 17 tahun, dan akan cukup 18 tahun pada jun 2011. Maknanya di sini, tarikh lahir mestilah Jun 1993 kan.. tapi kat situ 1992..


hehe.. aku dah cuba mencari dengan lebih detail pasal tarikh lahir June Rey Balawing ni. tapi tak jumpa pula.


Sebenarnya aku tak tahu nak percaya yang mana, antara tahun lahir 1992 atau 1993.. 


p/s: apa lagi cari la maklumat. hehe..



Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Thursday, March 17, 2011

Butang Rahsia Stereng Kereta Lumba F1


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Pasti anda semua tahu kan tentang kereta Lumba F1 ni kan.
F1 adalah Singkatan dari perkataan 'Formula Satu'.
Perlumbaan F1 ini adalah merupakan Perlumbaan kereta yang paling tertinggi sekali.
Kiranya paling laju la. hihi..
Ok, berbalik kepada tajuk entri aku..
Jom kita baca sama-sama..

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku

Wednesday, March 16, 2011

Muzium Rambut


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Chez Galip ialah tuan punya muzium rambut Avanos di Cappadocia Turki. Mula dibuka 30 tahun yang lalu, muzium ini sudah mempunyai koleksi 16 000 rambut dari wanita seluruh dunia. Yes only rambut wanita are allowed here boys. Setiap rambut dilekatkan nama dan alamat penuh si tuan punya. Ceritanya Chez Galip dulu mempunyai seorang kawan wanita. Suatu hari si perempuan mahu berhijrah dari Avanos. Sebagai tanda pelepas rindu si wanita bagi Chez seikat rambut miliknya. Sejak dari hari itu Chez menerima rambut dari pengunjung kedainya yang terletak diatas muzium aneh ini. Lupa nak cakap, Chez Galip ialah seorang pembuat tembikar yang terkenal di Avanos. So setiap kali orang datang kedai tembikar pasti melawat muzium rambut bawah tanahnya.

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku