Sunday, February 13, 2011

Jalan Paling Bahaya di Dunia

Salam 1 Malaysia..


Sebelum ni aku ada terbaca mengenai jalan jalan yang pelik kat dunia dari blog bloggiebiey
Jadi aku nak buat entri pasal jalan yang bahaya pulak kat dunia ni.


Antaranya.. (Aku mulakan dri Yang Kurang Bahaya ke Paling Bahaya)


10. Stelvio Pass Road Trollstigen(Italy)

Jalan ini dikatakan bahaya kerana mempunyai jalan yang berliku. Dianggarkan mempunyai 48 selekoh yang tajam. Ditambah lgi dengan jalan ini yang terletak di Banjaran Alps yang mempunyai ketinggian lebih kuran 2757 meter (9045 Kaki). sumber wikipedia



9. The A682 Road (England)
Jalan yang terletak di persimpangan di 13 dengan jalan M65 dan Long Preston juga tersenarai dalam jalan yang bahaya di dunia ni. Kalau diikutkan kepada bentuk jalannya. Memang ramai yang tidak mempercayainya.. Namun, ia tersenarai disebabkan mempunyai kadar kemalangan yang tertinggi.Dikatakan terdapat lebih daripada 22 kemalangan maut setahun di jalan itu.

8. Trollstigen (Norway)
Jalan ini mempunyai selekoh yang banyak ini sememangnya jalan yang bahaya di dunia ini. Walaubagaimanapun, Jalan ini telah dipelebarkan untuk mengurangkan kemalangan dikawasan tersebut. Dibahagian atas gunung ini, terdapat kawasan rehat yang amat cantik. Terdapat juga air terjun iaitu air tejun Stigfossen setinggi 320 meter. Sumber wikipedia.

7. Patiopoulo-Perdikaki Road (Greece)
Bentuk jalan yang  menyukarkan padangan telah menyebabkan beberapa kemalangan. Dimana jalan ini berbukit bukit sehingga menjejaskan pandangan seseorang itu. Selain itu, kekurangan kemudahan seperti papan tanda juga menyebabkan jalan ini bahaya. Dimana, ternakan seperti lembu sering melintas di jalan ini dan pejalan kaki yang menggunakannya.. Namun, tiada kemudahan bagi bagi pejalan kaki untuk melintas dengan selamat.

6.  James Dalton Highway (Alaska)
Jalan yang bersalji ini dikatakan bahaya kerana permukaan jalannya yang licin. Selain itu, jalan ini juga sering digunakan oleh kenderaan berat seperti trak. Jadi, batu batu ais tersebut akan berterbangan ke arah anda jika anda selisih dengan trak tersebut. Jalan itu juga sesuai untuk pacuan 4 roda atau 4WD. 

5. Sichuan-Tibet Highway (China)
Oleh kerana jalan ini terletak di kawasan gunung yang mempunyai kecodongan yang tinggi. Jadi, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada kemalangan di China. Tapi, yang lagi dirisaukan apabila tibanya waktu salji. Keadaan semakin teruk kerana salji2 tersebut akan mengelosor ke bawah.

4. Siberian Road Yakutsk (Russia)
Jalan ini merupakan Jalan utama di Rusia yang menghubungkan Moscow dengan Yakutsk. Masalah utama bagi jalan ini adalah jalan ini tidak boleh diturap. Ditambah lagi apabila tibanya waktu hujan. Hal ini menyebabkan banyak kenderaan yang terkandas di jalan tersebut.

3. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)
Kawasan ini mempunyai kadar kelajuan angin yang amat kencang. Oleh itu, terdapat beberapa kenderaan telah jatuh ke gaung yang dalam. Keadaan ini bertambah parah apabila debu dan pasir berterbangan yang menyukarkan pandangan mata.

2. Guoliang Tunnel Road (China)
Jalan atau terowong ini dibina selama 5 tahun oleh penduduk setempat.Ianya ini sepanjang 1.2 km dengan tinggi setinggi 5 meter dan lebar 4 meter. Beberapa orang telah meninggal semasa pembinaan terowong itu. Ianya dibuka pada 1 Mei 1977.

1. The Death Road (Bolivia) Ini lah Jalan Paling Bahaya.
lihat video ni..
 
Jalan ini mencatatkan jumlah kemalangan Maut yang amat tinggi iaitu 200-300 setahun. Penambahbaikan yang dilakukan pada jalan ini pada tahun2006 telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan tersebut.

sumber: oddee

Facebook Comment Source : Ikut Dan Aku